UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohd Syahrizad Elias
Title :Kesan pelbagai strategi Multimedia Instructional Message untuk pembelajaran berasaskan simulasi terhadap pencapaian dan bebanan kognitif (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan pembelajaran berasaskan simulasi dengan pelbagai strategi Multimedia Instructional Message (MIM) terhadap prestasi dan bebanan kognitif pelajar yang berbeza pengetahuan sedia ada dan tahap gaya pembelajaran visual. Penilaian dilakukan melalui ujian pos, soal-selidik gaya pembelajaran Felder-Silverman dan ujian bebanan kognitif NASA TLX. Manakala, tiga strategi MIM ialah imej statik bercetak (ISB), imej statik paparan komputer (ISD) dan imej dinamik dalam bentuk animasi (IDA). Reka bentuk kajian berbentuk eksperimen kuasi dan data kajian dianalisis melalui pendekatan kuantitatif dengan ujian statistik ANCOVA, ANOVA dan regresi digunakan untuk menjawab persoalanpersoalan kajian. Seramai 293 orang pelajar semester 3 kursus Diploma Teknologi Komputer dan kursus Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) dari tiga buah politeknik dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dari segi prestasi dan bebanan kognitif pelajar yang berbeza pengetahuan sedia ada dan tahap kecenderungan gaya pembelajaran visual terhadap pelbagai strategi MIM. Namun, kajian ini mendapati bebanan kognitif tidak mempunyai hubungan sebagai mediator yang signifikan dalam menentukan pencapaian pelajar yang menerima pelbagai strategi MIM. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan strategi ISB didapati mampu meningkatan prestasi pembelajaran berasaskan simulasi, terutamanya bagi kandungan berbentuk abstrak bagi pelajar novis dan pelajar berpengetahuan serta pelajar gaya pembelajaran visual sederhana dan gaya pembelajaran visual tinggi. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan strategi ISB sesuai digunakan dalam merancang strategi MIM bagi pembelajaran berasaskan simulasi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)